Dekat fb, berpuluh orang cakap tentang kahwin kahwin kahwin. Soleh dan solehah sungguh bab kahwin ni. Baguslah tu daripada cakap tentang couple yang terang2 Allah tak bagi kan?
Tapi awak, kita banyak lagi tanggungjawab. Masalah hati ini, masalah kecil. Pandanglah jauh ke hadapan sana. Masyarakat memerlukan kita. Jangan jadi lemah semata-mata kerana cinta kepada manusia. Tenanglah duhai hati, bukan itu sahaja yang harus kamu gapai dalam hidup ini.
Umat Islam di Syria, berjuang demi akidah. Mereka kena pilih sama ada Allah atau Basyar Assad. Kita? Berjuang demi cinta manusia semata-mata?
#Notetoself